PENGUMUMAN

Dimaklumkan bahawa Blog Rasmi UMNO Bahagian Kuala Kedah telah bertukar alamat baru iaitu:
http://1umno-kualakedah.blogspot.com/
**Pertukaran alamat adalah disebabkan masalah teknikal**


Thursday, October 29, 2009

SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH HAJI


Saya dan keluarga mengambil kesempatan ini mengucapkan Selamat Berangkat ke Tanah Suci Makkah kepada para tetamu Allah yang terpilih pada tahun 1430H bagi menunaikan Fardhu Haji. Semoga segala amalan rukun dan sunat akan diterima oleh Allah dan memperoleh Haji yang Mabrur.

Saya sekeluarga mendoakan agar semua bakal Haji dan Hajjah sentiasa berada dalam kerahmatan Allah semasa mengerjakan ibadat haji serta selamat dalam perjalanan pergi dan balik. Insya Allah.

SELAMAT MENUNAIKAN HAJI KEPADA SEMUA BAKAL HAJI DAN HAJJAH DI DALAM PARLIMEN KUALA KEDAH DAN SELURUH TANAH AIR

Monday, October 26, 2009

Takbir Raya 1430H

Majlis Takbir Raya di salah sebuah rumah ahli UMNO dalam Bahagian Kuala Kedah pada 19/09/2009.

Menandatangani Kad Raya Aidilfitri 1430H

Menandatangani 2000 keping kad Ucapan Aidilfitri 1430H di Pejabat UMNO Bahagian Kuala Kedah pada 28/08/2009.

Saturday, October 24, 2009

Bersama Pemimpin Masyarakat Cina & Sahabat


Bersama Pemimpin Masyarakat Cina dan Sahabat di satu majlis yang dianjurkan oleh Badan NGO dalam Parlimen Kuala Kedah baru-baru ini.

Kenangan di Majlis Kenduri Ketua Cawangan Kampung Pisang


Beramah mesra bersama pemimpin masyarakat sekitar Kampung Pisang, DUN Pengkalan Kundor semasa menghadiri Majlis Perkahwinan anak Ketua UMNO Cawangan Kampung Pisang.

Thursday, October 22, 2009

Penghormatan Terakhir

Selepas selesai solat Jenazah Ibu kepada Saudara Shidee, Pegawai JKM, parlimen Kuala Kedah baru-baru ini di masjid Padang Lalang.

Memberi penghormatan terakhir kepada Arwah kekanda Puan Noor Hasita Binti Mat Isa, Ketua Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Kuala Kedah yang telah kembali ke Rahmatullah baru-baru. Saya iringi dengan doa semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang yang beriman, Amin.

Kenangan PIlihanraya Kecil DUN Bagan Pinang, Negeri Sembilan






Gambar kenangan bersama wakil petugas UMNO Bahagian Kuala Kedah dan UMNO Perhubungan Negeri Kedah di Taman Politeknik, Negeri Sembilan. Syabas dan Tahniah di atas kejayaan UMNO memenangi Pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang.

Lawatan Rasmi Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani ke Parlimen Kuala Kedah




Mengiringi YB Datuk Seri Noh Bin Hj. Omar meninjau sekitar Jeti Pendaratan Ikan, LKIM di Kampung Keloncur, Kuala Kedah.

Majlis Aidilfitri 1430H anjuran MADA


Menghadiri Majlis Aidilfitri 1430H bersama Datuk Seri Noh Bin Haji Omar, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani sempena Lawatan ke Negeri Kedah anjuran MADA di Ibu Pejabat MADA, Ampang Jajar, Kedah

Liputan Media Sinar Harian (22/10/2009)


Monday, October 19, 2009