PENGUMUMAN

Dimaklumkan bahawa Blog Rasmi UMNO Bahagian Kuala Kedah telah bertukar alamat baru iaitu:
http://1umno-kualakedah.blogspot.com/
**Pertukaran alamat adalah disebabkan masalah teknikal**


Saturday, August 29, 2009

Ziarah Ramadhan DUN Anak Bukit

Ziarah Balu Arwahyarham Tuan Haji Abdullah Mubarak, Ketua UMNO Cawangan Titi Gajah. Semoga sabar dan tabah.
Ziarah veteran UMNO, Tuan Haji Arshad di rumahnya di Titi Gajah. Semoga Cepat Sembuh

Menziarahi Encik Noor, mantan Setiausaha UMNO Cawangan Pekan Anak Bukit di rumahnya. Saya doakan agar Encik Noor cepat sembuh, Amin...

Bersahur Bersama Adik-Adik Belia


Selepas selesai solat terawih di salah sebuah surau di dalam parlimen Kuala Kedah saya berkesempatan bersama-sama adik belia dalam Parlimen Kuala Kedah di sebuah Restoran 24 Jam di bandar Alor Setar untuk bersahur..

Sunday, August 23, 2009

Ziarah Ahli UMNO

Menziarahi seorang Mantan Ketua Wanita UMNO Cawangan yang sedang terlantar sakit di rumahnya (Taman Kota Nelayan Kuala Kedah). Saya serta warga UMNO bahagian Kuala Kedah mendoakan agar Puan cepat sembuh dari penyakit yang sedang dialami serta sabar dari dugaan Allah.

Saturday, August 22, 2009

SELAMAT BERPUASA

Wahai Tetamu Ramadhan..
UntukMu Rahmat dan Maghfirah,
Air Mata Taubat,
Dendangan Tadarus,
Selimut Tarawih dan Bantal Tahajud!
Moga Mewarisi JANNAH.
Jadikan Ramadhan Ini Yang Terbaik kerana Kita Tak Pasti Apakah Ada lagi Ramadhan untuk Kita selepas ini.
SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK

Ikhlas dari
Latt Shariman Abdullah
Norzihan Latt
Omar Latt

Menziarahi Pemimpin Masyarakat di Kubang Jawi

Saya berkesempatan menziarahi Encik Othman Ariffin, Ketua UMNO Cawangan Kubang Jawi di rumahnya baru-baru ini. Saya doakan agar Cikgu Man sekeluarga sihat sejahtera.

Bersantai Bersama Menteri Di Tepi Sawah

Bersama YB Senator Mejar Jeneral (B) Dato' Jamil Khir Bin Baharom, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri dan para pegawai Menteri menikmati makanan di sebuah gerai di tepi sawah padi berhampiran Plaza Tol Alor Setar Selatan.

Kenangan Bersama Adik-Adik Kelab UMNO Indonesia

Gambar kenangan bersama adik-adik Kelab UMNO Indonesia. Turut serta bersama menghantar pulang ialah YB Senator Mejar Jeneral (B) Dato' Jamil Khir Bin Baharom, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri di Plaza Tol Alor Setar Selatan.

Bersama Menteri Di Jabatan Perdana Menteri

Baru-baru ini saya sempat bersama YB Senator Mejar Jeneral (B) Dato' Jamil Khir Bin Baharom, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri melawat mangsa ribut dalam Parlimen Kuala Kedah disamping menyampaikan sedikit sumbangan bagi meringankan beban yang dialami oleh mangsa ribut.

Tuesday, August 11, 2009

Sekitar Majlis Penutupan Pemukiman JKKKP Kuala Kedah 2009

Selamat Jalan, semoga kita bertemu di kawasan

Berbual mesra bersama YAB Dato' Seri

Gambar Kenangan bersama Pengerusi JKKKP

Tahniah kepada Haji Muthalib Harun, Naib Ketua UMNO Bahagian merangkap Pengerusi Biro Keahlian & Siaga Pilihanraya serta AJK di atas kejayaan penganjuran Program Pemukiman JKKKP parlimen Kuala Kedah 2009.

Taklimat Exco Pemuda UMNO Malaysia


Mendengar taklimat bersama pelajar Kelab UMNO Indonesia di Bilik Mesyuarat, Badan Perhubungan UMNO Kedah. Taklimat disampaikan oleh Ustaz Syahrin Md Jamaludin, EXCO Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia.

Sekitar Mesyuarat Perwakilan Pemuda UMNO Bhgn. Kuala Kedah



Tahniah kepada Ketua & Barisan Kepimpinan Pemuda UMNO Kuala Kedah ke atas kejayaan menganjurkan Mesyuarat Perwakilan Pemuda UMNO Bahagian Kuala Kedah pada 07hb Ogos 2009 di Dewan UMNO, Tingkat 8, Bangunan UMNO.

Sunday, August 9, 2009

Program Semaian Bakti Kuala Kedah 2009


Syabas kepada adik-adik Kelab UMNO Indonesia di atas perlaksanaan program seperti Klinik Kesihatan, Doktor Kecil, Motovasi & Bantuan kemiskinan dalam parlimen Kuala Kedah.

Saturday, August 8, 2009

Melawat Mangsa Ribut

Meninjau rumah yang dilanda ribut sekitar parlimen Kuala Kedah bersama Pegawai Penyelaras Parlimen Kuala Kedah dan Penyelaras DUN serta Pegawai Kebajikan Masyarakat.

Perasmian Program Semaian Bakti 2009



Merasmikan Program Semaian Bakti Parlimen Kuala Kedah 2009 di Sekolah Menengah Kebangsaan Kubang Rotan pada 07hb Ogos 2009.

Friday, August 7, 2009

Bersama Ahli Kelab UMNO Indonesia & Pelajar dari Thailand

Setiba di Lapangan Terbang Kepala Batas (9.10 malam 06/08/09) saya terus ke rumah keluarga angkat di Kuala Kedah untuk menemui adik-adik peserta Program Semaian Bakti bersama dua pelajar dari Thailand. SELAMAT DATANG KE KUALA KEDAH.

Thursday, August 6, 2009

Bersama Penyelaras Anak Bukit

Meluangkan masa bersama ketua UMNO cawangan dalam Penyelaras Kawasan Anak Bukit, mendengar pendapat, saranan, harapan serta permasalahan yang di hadapi di kampung-kampung sekitar penyelaras Anak Bukit.

JADUAL 7-9 OGOS 2009

Berikut adalah program/aktiviti yang bakal saya ikuti pada 07hb hingga 09hb Ogos 2009:

07hb OGOS 2009 (JUMAAT)

1. Perasmian & penyerahan Anak Angkat
Masa: 9.00 pagi
Tempat: SMK Kubang Rotan
2. Melawat Mangsa Ribut
Masa: 10.00 pagi - 1.00 petang
Tempat: Sekitar Parlimen Kuala Kedah
3. Mesyuarat Perwakilan Pemuda UMNO Bahaian Kuala Kedah
Masa: 3.00 petang
Tempat: Dewan, Tingkat 8, Bangunan Tunku
4. Melawat Mangsa Ribut
Masa: 4.00 petang - 7.00 malam
Tempat: Sekitar Parlimen Kuala Kedah
5. Pemukiman JKKKP Parlimen Kuala Kedah
Masa: 8.30 malam
Tempat: Bukit Air Resort, Perlis

08hb OGOS 2009 (SABTU)

1. Turun Ke Cawangan
Masa: 8.00 pagi - 3.00 petang
Tempat: Sekitar Parlimen Kuala Kedah

2. Majlis Perasmian Penutup Pemukiman JKKKP Parlimen Kuala Kedah
Masa: 4.00 petang
Tempat: Bukit Air Resort, Perlis
Perasmian: YAB Dato' Seri Dr. Mohd Isa Bin Sabu, Menteri Besar Perlis
3. Majlis Penutup Program Semaian Bakti
Masa: 8.30 malam
Tempat: SMK Kubang Rotan

09hb OGOS 2009 (AHAD)

1. Turun Ke Cawangan
Masa: 8.00 pagi - 1.30 petang
Tempat: Sekitar Parlimen Kuala Kedah
2. Taklimat Khas Basmi Kemiskinan Giatmara Peringkat Negeri Kedah
Masa: 2.30 petang
Tempat: IKM, Sungai Petani


Tuesday, August 4, 2009

Kenangan Bersama Adik-adik Belia

Sekalung Tahniah kepada Kelab Sukan Komuniti DUN Kubang Rotan kerana telah berjaya menganjurkan Karnival Sukan di dalam DUN Kubang Rotan. Terima kasih juga kepada Jabatan Belia dan Sukan Daerah Kota Setar di mana telah bersama-sama KSK DUN Kubang Rotan menjaya program ini. Tahniah kepada para pemenang pertandingan.

Melawat Kawasan Penyelaras Padang Hang

Membonceng motosikal sambil melawat serta menziarahi sahabat-sahabat dalam kawasan Penyelaras Padang Hang. Banyak maklumat diperolehi semasa sesi lawatan dan ziarah ini berlangsung. TURBA (singkatan kepada TURUN ke BAWAH) akan diteruskan ke Penyelaras-penyelaras yang lain dalam UMNO Bahagian Kuala Kedah

Sunday, August 2, 2009

Melawat Ketua UMNO Cawangan Padang Raja

Selepas seharian bertugas di Mesyuarat Perwakilan UMNO Baling, petang tadi saya telah melawat Encik Mat Safar Bin Endut (Ketua UMNO Cawangan Padang Raja) yang sedang sakit... saya doakan agar Encik Mat Safar cepat sembuh.. Insya Allah

Bertugas di Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Baling



Bersama AJK UMNO Bahagian Kuala Kedah, Wanita, Pemuda & Puteri bertugas sebagai Wakil Perhubungan UMNO Negeri Kedah ke Mesyuarat Perwakilan UMNO Baling. Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam tugasan hari ini... Tahniah semua...

Ziarah Veteran UMNO

Menziarahi seorang vateran UMNO di Taman Sri Putra,Kuala Kedah bersama Haji Ahmad Shafiee (SU UMNO Bahagian) dan Dr Zaki Zamani (AJK UMNO Bahagian)

Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Kuala Kedah 2009


Tahniah kepada Ketua Pergerakan Puteri dan barisan kepimpinan Puteri UMNO bahagian Kuala Kedah kerana telah berjaya menjalankan mesyuarat perwakilan tahunan dengan jayanya pada 1 Ogos 2009 bertempat di Dewan Tingkat 6, Bangunan UMNO Alor Setar.