PENGUMUMAN

Dimaklumkan bahawa Blog Rasmi UMNO Bahagian Kuala Kedah telah bertukar alamat baru iaitu:
http://1umno-kualakedah.blogspot.com/
**Pertukaran alamat adalah disebabkan masalah teknikal**


Saturday, February 27, 2010

Al-Fatihah: Kembalinya Nenda Khatijah ke Rahmatullah







Al-Fatihah.... Kembalinya Nenda Puan Khatijah Bt Md Hashim ke Rahmatullah pada 26bh Februari 2010 (Jumaat)... Terima kasih kepada yang terlibat dalam proses pengkebumian sehingga selesai...

Selamat Bersara Pengarah SPR Kedah




Selamat bersara Tuan Haji Zainal Abidin Zakaria, Pengarah SPR Kedah bermula 26hb Februari 2010.

Saturday, February 20, 2010

Turun Padang (DUN Pengkalan Kundor)


Turun padang menziarahi penduduk dalam kampung Padang Jambu dan Lahar Kandang dalam DUN Pengkalan Kundor bersama pemimpin masyarakat setempat.

Friday, February 19, 2010

Majlis Mesra Penduduk





Menghadiri majlis mesra penduduk di kampung Sinar Harapan, Kuala Kedah di mana majlis ini telah dianjurkan oleh Abg Din (KC Sinar Harapan) dalam usaha mengeratkan hubungan silaturahim antara penduduk dengan pemimpin. Tahniah kepada kepimpinan cawangan.

Thursday, February 18, 2010

Lawatan ke Hospital Sultanah Bahiyah


Tahniah kepada Zulkifli Ismail (KC Tanah 100) di atas kelahiran anak ke-2 beliau.

Menziarahi anak Abg Bakar (KC Kampung Tok Pasai) yang terlibat dengan kemalangan di Hospital Sultanah Bahiyah. Saya dan seluruh warga UMNO Bahagian Kuala Kedah doakan agar adik cepat sembuh.

Keratan Akhbar (Sinar: 18/02/2010 U5)

Tuesday, February 16, 2010

Bantuan Mangsa Ribut






Menyampaikan bantuan kepada mangsa ribut di kampung Padang Jambu dan kampung Lahar Kandang dalam DUN Pengkalan Kundor.

Monday, February 8, 2010

Melawat Mangsa Ribut




Melawat mangsa ribut di kampung Lahar Kandang pada 07hb Februari 2010. Saya dan keluarga berharap agar keluarga magsa ribut sabar dan tabah menghadapi dugaan ini.

Terima Kasih Atas Perkhidmatan



Merasmikan majlis penyampaian elaun JKKK(P) parlimen Kuala Kedah di Tingkat 8, Bangunan Tunku.

Latihan Silat Remaja

Melawat sesi latihan silat adik-adik remaja di Taman Seri Abadi, Kuala Kedah. Harapan saya agar aktiviti ini diperluaskan ke seluruh parlimen Kuala Kedah agar ilmu jati diri dapat diterapkan kepada remaja.

Sunday, February 7, 2010

Saturday, February 6, 2010

Perasmian Mesyuarat Agung PIBG





Menghadiri serta merasmikan Mesyuarat Agung PIBG S.K Taman Aman, Anak Bukit.
"Ibu Bapa adalah pemangkin kejayaan anak-anak."