PENGUMUMAN

Dimaklumkan bahawa Blog Rasmi UMNO Bahagian Kuala Kedah telah bertukar alamat baru iaitu:
http://1umno-kualakedah.blogspot.com/
**Pertukaran alamat adalah disebabkan masalah teknikal**


Sunday, April 21, 2013

Sekitar Penamaan Calon Parlimen P 010 Kuala Kedah serta DUN N 15, Anak Bukit, N 16 Kubang Rotan dan N 17 Pengkalan Kundur


Penamaan calon bagi Parlimen P 010 Kuala Kedah berlangsung di Pejabat Tanah dan Daerah Kota Setar. Pearakan ke pusat penamaan calon bermula pada jam 8.00 pagi dimana kira-kira 3, 000 penyokong Barisan Nasional bersama saya dan calon-calon lain dalam Parlimen Kuala Kedah berarak dengan penuh semangat. Dr Zaki Zamani Abdul Rashid merupakan calon P 010 Parlimen Kuala Kedah diikut dengan Dato Hashim Yahya calon DUN N 15 Anak Bukit, saya sendiri sebagai calon DUN N 16 Kubang Rotan dan Puan Hasnita calon bagi DUN N 17 Pengkalan Kundur. 














Friday, April 19, 2013

Sambutan Pesta Songkran Parlimen Kuala Kedah


Pesta ini telah diadakan di bersama masyarakat Siam di Kilang Tebu, Kuala Kedah. Pesta Songkran ini juga dikenali sebagai pesta mandi air dimana mereka akan menyimbah air sesama peserta dan juga kepada orang ramai. Tujuan pesta ini adalah untuk tanda memohon maaf, bergurau senda di samping memeriahkan sambutan tahun baru. Kira-kira 300 masyarakat Siam yang tinggal di Kilang Tebu ini hadir memeriahkan pesta ini.










Thursday, April 18, 2013

Majlis Perasmian Upacara Pecah Tanah Pembinaan semula Pekan Rabu Alor Star


Majlis ini telah disempurnakan oleh Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Koperasi, YB Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob. Kerajaan Persekutuan telah memperuntukkan RM 55.58 juta bagi membangunkan semula Pekan Rabu. Antara yang hadir pada majlis tersebut adalah Dato Ahmad Bashah, Ketua Perhubungan Negeri UMNO Kedah dan juga Datuk Hj. Mat Noh bin Ahmad, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Alor Star.









Saturday, April 13, 2013

Majlis Penyerahan Netbook 1 Malaysia


Majlis penyerahan Netbook 1 Malaysia ini telah diadakan di SK Kampong Jawa, Kuala Kedah. Kira-kira 100 pelajar menerima netbook tersebut dan dengan pemberian netbook ini ianya dapat memudahkan para pelajar dalam pembelajaran mereka.














Thursday, April 11, 2013

Majlis Penutup Jamboree Pengakap Kebangsaan

Majlis ini bertempat di Dewan Sekolah Menengah Keat Hwa, Jalan Kuala Kedah. Antara yang hadir pada majlis meraikan acara penutup ini adalah Penasihat Pesuruhjaya Pengakap Kelana, Dato Loh, AJK UMNO Bahagian Kuala Kedah, Dato Abdullah Hasnan, bekas Dato Bandar Alor Star, Dato Badar dan wakil dari pihak PDRM, Tuan Hassan. Kira-kira 500 pengakap turut serta pada jamboree kali ini.







Wednesday, April 10, 2013

Perasmian Mesyuarat Persatuan Pemilik&Pemandu Kereta Sewa/Teksi Jeti Kuala Kedah

 Mesyuarat ini telah diadakan di Dewan SK Haji Ismail Kuala Kedah. Ianya dipengerusikan oleh Pengerusi Persatuan iaitu Yang Berusaha Haji Fadzil dan kira-kira 50 ahli persatuan tersebut hadir pada mesyuarat ini. Pelbagai isu dan permasalahan pemilik dan pemandu kereta sewa di Jeti Kuala Kedah dibincangkan dalam mesyuarat ini.







Thursday, April 4, 2013

Malam Mesra bersama Sekretariat KOLAborasi dan KOLAborasi Racing Team


Majlis makan malam ini diadakan bagi menghargai penglibatan semua pihak dalam menjayakan siri-siri program KOLAborasi' 13 yang telah berlangsung sejak pelancaran KOLAborasi' 13 oleh Timbalan Perdana Menteri YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin pada bulan Februari yang lepas. Saya mengambil peluang ini untuk beramah mesra dengan mereka yang terlibat dan mengucapkan berbanyak terima kasih kepada mereka kerana membantu dalam menjayakan setiap program KOLAborasi' 13 yang telah diadakan.










Monday, April 1, 2013

Majlis Ramah Mesra bersama Puteri UMNO dan PDM Tebengau


Majlis ramah mesra bersama Puteri UMNO dan jentera pilihanraya PDM Tebengau ini diadakan di warung Pak Tam Jasni yang juga merupakan Pengerusi PDM Tebengau. Turut hadir dalam majlis ini adalah Ketua Puteri UMNO Bahagian Kuala Kedah, Tanti Yusnita Mahmud dan Ketua Penerangan Puteri, Norafiza Aziz.