Saya melawat tapak Pasar Malam Tahun Baru Cina Alor Setar Mall di kawasan perusahaan Tandop di mana ianya bermula dari 3 Januari 2013 dan berakhir pada 8 Februari 2013. Masa perniagaan yang dibenarkan bagi peniaga-peniaga ini adalah dari jam 5.00 petang hingga 12.00 malam dan pasar malam ini diadakan sempena Tahun Baru Cina yang akan disambut pada 10 Februari 2013 ini.