Pelbagai acara telah disusun di Program KOLAborasi'13 di Gunung Keriang, antaranya senamrobik, ekspedisi mendaki Gunung Keriang dan memasang bendera BN di puncak gunung, sepak raga tuju, acara tarik tali, 'musical chair' bagi kanak-kanak, dan 'treasure hunt" dan juga pemeriksaan gigi secara percuma. Hampir 2000 orang hadir di program yang bermula dari jam 7.30 pagi dan berakhir pada jam 6.00 petang.