PENGUMUMAN

Dimaklumkan bahawa Blog Rasmi UMNO Bahagian Kuala Kedah telah bertukar alamat baru iaitu:
http://1umno-kualakedah.blogspot.com/
**Pertukaran alamat adalah disebabkan masalah teknikal**


Wednesday, September 23, 2009

MAJLIS RUMAH TERBUKA

Rumah terbuka Dato' Latt Shariman Abdullah:

Tarikh: 26hb September 2009 (Sabtu)
Masa: 10.00am - 1.00pm
Tempat: KEMAS, Kuala Sungai

Semua Dijemput Hadir

Friday, September 18, 2009

Sumbangan Bantuan Khas Bencana LKIM





Menyampaikan sumbangan Bantuan Khas Bencana kepada nelayan dalam Parlimen Kuala Kedah di Masjid Seberang Kota, Kula Kedah.

Meraikan Sahabat-sahabat NGO


Meraikan sahabat-sahabat daripada badan NGO dalam Parlimen Kuala Kedah. Terdiri daripada 50 orang wakil dari badan-badan NGO. Majlis berlangsung di Restoran Jetty One, Kuala Kedah.

Sumbangan Aidilfitri Kepada Anak-anak Yatim Kuala Kedah




Majlis Penyampaian Sumbangan Aidilfitri dan Zakat kepada anak-anak yatim dalam Parlimen Kuala Kedah di Masjid Abdul Rahman Putra, Kuala Kedah.

Tuesday, September 15, 2009

Ziarah Ketua Wanita Cawangan di Hospital Sultanah Bahiyah



12hb September 2009: Saya bersama Dr. Zaki Zamani melawat dua orang Ketua Wanita UMNO Cawangan dalam Bahagian Kuala Kedah yang sedang terlantar sakit di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar. Saya seisi keluarga mendoakan agar kakak berdua cepat sembuh.

Sahur Ramadhan di sekitar Parlimen Kuala Kedah




Sepanjang bulan Ramadhan ini, saya berkesempatan menziarahi ahli-ahli UMNO dan para pemimpin cawangan serta bersahur bersama tuan rumah dan para sahabat. Alhamdulillah aktiviti sebegini telah mendekatkan saya dan penduduk sekitar Parlimen Kuala Kedah. Insya Allah, aktiviti sebegini akan diteruskan pada setiap Ramadhan yang akan datang.

Ziarah Ramadhan DUN Kubang Rotan







12hb September 2009: Menziarahi penduduk sekitar DUN Kubang Rotan dalam Parlimen Kuala Kedah. Aktiviti ziarah Ramadhan ini telah membuatkan saya rasa lebih dekat dengan penduduk dalam Parlimen Kuala Kedah. Selamat menjalani ibadah puasa.

Ziarah Ramadhan DUN Pengkalan Kundor






Pada 5hb September 2009, saya telah menziarahi penduduk di sekitar DUN Pengkalan Kundor dalam Parlimen Kuala Kedah. Walaupun dalam bulan puasa, saya sempat menziarahi orang sakit, kelahiran anak, veteran UMNO, dan ketua-ketua cawangan dalam kampung-kampung yang terlibat. Dengan cara begini diharap ia dapat mengeratkan silaturahim antara kita.