PENGUMUMAN

Dimaklumkan bahawa Blog Rasmi UMNO Bahagian Kuala Kedah telah bertukar alamat baru iaitu:
http://1umno-kualakedah.blogspot.com/
**Pertukaran alamat adalah disebabkan masalah teknikal**


Saturday, March 30, 2013

Program Khidmat Bakti Siswa/Siswi Universiti Utara Malaysia


 Program ini adalah dengan kerjasama Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Jalan Pegawai dan berlangsung di Dewan Terbuka SK Jalan Pegawai. Turut hadir dalam program ini Guru Besar SK Jalan Pegawai, YBhg Datin Hjh Rusna binti Long, Pengajar Unit Perniagaan Tani, Pusat Kokurikulum UUM, YBhg Encik Abdul Halim bin Ahmad yang mewakili Pengarah Pusat Kokurikulum UUM serta Yang Dipertua PIBG Sekolah Jalan Pegawai, YBhg Encik Sobri bin Abdul Hamid.











Wednesday, March 27, 2013

Pesta Catur 2013, Piala Dato Latt International Chess Open

 Pesta Catur 2013 ini merupakan anjuran bersama Persatuan Catur Cina Kedah Utara, Kolej Catur Kedah Utara dan MCA Cawangan Jalan Langgar. Pesta Catur ini berlangsung di Alor Star Mall dan kira-kira 500 orang mengambil bahagian.








Friday, March 22, 2013

Pertandingan Karaoke Lagu-Lagu Hokkien KOLAborasi '13 Kuala Kedah.

 Pertandingan ini diadakan di Dewan Sekolah Menengah Keat Hwa (Persendirian), Jalan Kuala Kedah. 20 orang penyanyi menunjukkan bakat nyanyian mereka dalam pertandingan ini dan kira-kira 2000 orang hadir di majlis ini.











Thursday, March 21, 2013

Majlis Penyerahan Sara Hidup Nelayan Peringkat Parlimen Kuala Kedah

Majlis ini berlangsung di SMK Seri Pantai, Kuala Kedah dan kira-kira 2000 nelayan di Parlimen Kuala Kedah hadir untuk menerima bantuan sara hidup ini. Turut hadir di majlis ini adalah wakil dari Pejabat LKIM negeri Kedah.






Sunday, March 17, 2013

Himpunan Anak Kedah di Perantauan, Stadium Juara, Bukit Kiara


Majlis himpunan ini berjaya menghimpukan kira-kira 4,500 anak-anak Kedah di Lembah Klang. Ianya turut diserikan dengan kehadiran mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bersama isteri Tun Dr Siti Hasmah. Barisan kepimpinan UMNO negeri Kedah diketuai oleh Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri Kedah, Datuk Paduka Mukhriz Tun Mahathir turut hadir memeriahkan majlis.












Program bersama NGO Cina Kuala Kedah


Majlis makan tengahari ini diadakan di Restoran Anggerik Seafood di mana kira-kira 200 orang cina dari persatuan-persatuan NGO di serata Parlimen Kuala Kedah hadir. Pelbagai isu dan permasalahan dibincangkan ketika majlis ini berlangsung dengan sesi soal jawab saya bersama tetamu.






Thursday, March 14, 2013

Ziarah Encik Harisfadzilah, Setiausaha Bahagian UMNO Kuala Kedah


Saya bersama rakan-rakan menziarahi Encik Harisfadzilah, yang dimasukkan ke wad di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar akibat kencing manis dan darah tinggi. Kami mendoakan agar beliau cepat sembuh seperti sediakala.