PENGUMUMAN

Dimaklumkan bahawa Blog Rasmi UMNO Bahagian Kuala Kedah telah bertukar alamat baru iaitu:
http://1umno-kualakedah.blogspot.com/
**Pertukaran alamat adalah disebabkan masalah teknikal**


Monday, March 29, 2010

Sembang Mesra



Sembang mesra bersama ketua-ketua UMNO cawangan. Banyak sumbangan idea diberikan demi kepentingan Agama, Bangsa & Negara.

Sunday, March 28, 2010

Ziarah Warga Mas





Menziarahi warga mas sekitar kawasan Penyelaras Sala/Kankong, DUN Pengkalan Kundor. Semoga dengan lawatan begini hubungan baik serta silaturahim dapat dieratkan lagi. Semoga kita semua dikurniakan kesihatan yang baik, Amin...

Saturday, March 27, 2010

Nasi Lemak, Kopi O


Bersama beberapa AJK UMNO bahagian Kuala Kedah serta kepimpinan UMNO Cawangan sekitar Penyelaras Sala/Kangkong di warong Abg Saidin (KC Alor Pulai). Perbincangan serta penerimaan maklumat berkaitan hal ehwal kampung menjadi agenda utama.

Friday, March 26, 2010

HARI BUMI

Sabtu 27hb Mac 2010, adalah Hari Bumi. Kita disarankan untuk mengenang kerosakan yang telah banyak manusia lakukan melalui pengeluaran karbon berlebihan lalu menjejaskan iklim dunia. Kita boleh mengurangi beban karbon Bumi dengan hanya menutup lampu rumah esok selama 1 jam antara 8.30 malam hingga 9.30 malam. Berjuta orang akan bersama kita disekeliling dunia untuk usaha ini. Selamat Berjuang dengan berjimat.


Latt Shariman Abdullah

TURBA (Turun Bawah/Padang)

Membonceng motosikal bersama Abg Saidin (KC Alor Pulai) meninjau serta ziarah penduduk kampung Alor Pulai.

Abg Saidin menyampaikan sumbangan kepada salah seorang penduduk kampung Alor Pulai.

Ziarah nenek kepada Abg Saidin di rumahnya di kampung Alor Pulai.


Turut serta dalam sesi ziarah ialah AJK UMNO Bahagian Kuala Kedah, Tuan Haji Abdul Samad & Tuan Haji Ismail dan beberapa orang ketua UMNO cawangan kawasan sekitar.

Thursday, March 25, 2010

Ziarah Kematian


Al-Fatihah.... Ziarah kematian seorang veteran UMNO di kampung Simpang 4 (DUN Pengkalan Kundor). Saya dan keluarga doakan agar rohnya dirahmati Allah.

Monday, March 22, 2010

Kenangan: Petugas Kenduri Kahwin


Budaya gotong-royong persediaan keperluan majlis kenduri kahwin masih diamal di Kuala Kedah. Syabas dan tahniah kepada yang terlibat.

Sunday, March 21, 2010

Taklimat Projek Pembangunan MPP Parlimen Kuala Kedah

Memberi taklimat berkenaan Projek Pembangunan yang dikelolakan oleh Majlis Pembangunan Pertanian Parlimen Kuala Kedah di PPK Batas Paip, Kuala Kedah.

Saturday, March 20, 2010

Ziarah


Menziarahi warga mas yang sedang terlantar sakit di Kampung Tengah, Kuala Kedah dan di Kampung Matang Kong, Padang Hang baru-baru ini. Saya dan keluarga doakan agar makcik dan pakcik cepat sembuh.

Friday, March 19, 2010

Kunjung Hormat

Bersama Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat

Bersama Pegawai Pejabat Pembangunan Negeri (ICU)

Bersama Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA)

Thursday, March 18, 2010

Majlis Mesra Kepimpinan Cawangan


Berlangsung pertemuan bersama Kepimpinan Cawangan dalam Penyelaras UMNO Pantai Johor di bawah kepimpinan Cikgu Husni. Tahniah kepada Cikgu Husni dan kepimpinan cawangan terlibat.

Tuesday, March 16, 2010

PENGUNJUNG KE-8000

Ucapan terima kasih kepada 'Followers' dan para pengunjung yang sentiasa mengunjungi blog saya. TAHNIAH kepada pengunjung ke-8000.

Mesra Bersama Kepimpinan Pemuda


Bermesra dengan kepimpinan pemuda UMNO Bahagian Kuala Kedah di majlis bacaan Yassin pembukaan Kafe Gemilang di Jalan Stadium baru-baru ini.

Monday, March 15, 2010

Mesra Bersama Masyarakat Tionghua


Sembang mesra bersama beberapa sahabat di majlis hari jadi anak kepada saudara Frankie.

Sunday, March 14, 2010

Bertanya Khabar


Bertanya khabar Tuan Haji Sidek (mantan Imam Masjid Kuar Jawa) di rumahnya di kampung Kuar Jawa.

Singgah Solat Jemaah


Singgah solat Maghrib berjemaah di Masjid Kuar Jawa. Turut serta bersama Saudara Bohari (KC Kuar Jawa)... Dikesempatan ini, saya sempat bertanya khabar jemaah yang ada.

Saturday, March 13, 2010

Ziarah




Menzirahi sebuah keluarga di kampung Kuar Jawa bersama Abang Man (KC Kubang Jawi) dan Abang Bohari (KC Teluk Jawa). Saya doakan agar keluarga ini tabah menghadapi dugaan & cabaran hidup ini.

Mesra Pelajar


Beramah mesra dengan para pelajar sekolah sekitar Parlimen Kuala Kedah dalam satu program pendidikan.