PENGUMUMAN

Dimaklumkan bahawa Blog Rasmi UMNO Bahagian Kuala Kedah telah bertukar alamat baru iaitu:
http://1umno-kualakedah.blogspot.com/
**Pertukaran alamat adalah disebabkan masalah teknikal**


Tuesday, August 31, 2010

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!



Salam 1 Malaysia...

Pertamanya saya ingin mengucapkan selamat menyambut hari kemerdekaan kali ke-53 kepada seluruh rakyat Malaysia dan juga barisan pemimpin negara. Ingatilah juga para pemimpin terdahulu dan pejuang-pejuang yang berkorban nyawa dalam menuntut kemerdekaan.

Marilah kita sama-sama mengekalkan kemerdekaan ini agar ia sentiasa berada dalam tangan kita buat selama-lamanya..Janganlah kita leka dan alpa di atas kesenangan dan kemewahan yang ada sekarang kerana kelak ia akan membuatkan kita tenggelam di telan semua itu dan akhirnya negara kita tergadai.. JANGAN!JANGAN BIARKAN IA BERLAKU!!

Akhir kata dari saya, selamat menyambut hari kemerdekaan kali ke-53..

Sunday, August 29, 2010

Al-Fatihah: Penghormatan Terakhir



Al-Fatihah....... Memberi penghormatan terakhir kepada seorang penduduk di kampung Ulu, Kuala Kedah.

Saturday, August 28, 2010

Friday, August 27, 2010

Anugerah Cemerlang SK Peremba





Menyampaikan Ucapan Perasmian Hari Anugerah Cemerlang SK Peremba serta meyampaikan hadiah kepada para pelajar cemerlang. Tahniah kepada yang berjaya.

Thursday, August 26, 2010

Kenangan: Liga Bola Sepak Kubang Rotan




Menyaksikan perlawanan akhir Liga Perdana Kubang Rotan di SMK Kubang Rotan.. Tahniah kepada pasukan yang berjaya.

Monday, August 23, 2010

Program Penerangan 1 Malaysia





Menghadiri Program Ceramah 1 Malaysia anjuran Jabatan Penerangan Daerah Kota Setar dengan kerjasama Komuniti Bestari Mukim Titi Gajah dan Anak Bukit di rumah Tuan Haji Azizan, Pengerusi JKKKP Kampung Pekan Anak Bukit.

Sunday, August 22, 2010

Saturday, August 21, 2010

Mesra Bersama Persatuan Ibu Tunggal Parlimen Kuala Kedah




Menghadiri Majlis Mesra anjuran Persatuan Ibu Tunggal Parlimen Kuala Kedah di Surau Taman Seri Abadi, Jalan Kuala Kedah.

Friday, August 20, 2010

Penyampaian Hamper Ramadhan




Menyampaikan sumbangan Ramadhan kepada warga emas sekitar kampung Teluk Chengai Luar yang dianjurkan oleh JKKKP Kampung Teluk Chengai Luar.

Thursday, August 19, 2010

Mesra Bersama Bomba Sukarela Seluruh Kedah




Menghadiri Majlis Jamuan Makan Amal anjuran Pasukan Bomba Sukarela Kilang Tebu di Dewan Tok Pek Kong Jalan Kilang Tebu.

Wednesday, August 18, 2010

Majlis Mesra Bersama JKKKP Pantai Johor


Memenuhi jemputan daripada JKKKP Kampung Pantai Johor yang menganjurkan Majlis Mesra JKKKP Pantai Johor bersama Ketua UMNO Bahagian Kuala Kedah di Hotel Regency.

Tuesday, August 17, 2010

Monday, August 16, 2010

Selesai: Masalah Bekalan Air Penduduk



Bersama YB. Dato' Wira Chor Chee Heung (Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan) turun padang menyelesaikan permasalahan bekalan air di Flat Kampung Hilir dalam Parlimen Kuala Kedah.