PENGUMUMAN

Dimaklumkan bahawa Blog Rasmi UMNO Bahagian Kuala Kedah telah bertukar alamat baru iaitu:
http://1umno-kualakedah.blogspot.com/
**Pertukaran alamat adalah disebabkan masalah teknikal**


Sunday, November 27, 2011

Salam Maal Hijrah 1433H


Saya harap, 1 Muharram 1433H (27 November 2011) ini, bukan hanya sekadar menjadi hari cuti biasa bagi kita. Tetapi, ia menjadi permulaan hari dalam setahun ini, untuk menuju jalan-jalan kebaikan dan meninggalkan segala kemungkaran yang dilaknat. Hayati dan jadikanlah hijrah kali ini menjadi yang sebenar seperti hijrah Nabi Muhammad SAW. Semoga iman diperkuat, amalan dipertingkat, perjuangan menegakkan syiar Islam diperhebat. Semoga tahun baru Hijrah (1433) ini menjadi lebih baik dari tahun-tahun sebelum ini.

Friday, November 4, 2011

Kenyataan Media

KENYATAAN MEDIA
PEGAWAI TUGAS-TUGAS KHAS PERDANA MENTERI
DATO' LATT SHARIMAN ABDULLAH.

UMNO SALURKAN BANTUAN SEGERA UNTUK MANGSA RIBUT

KUALA KEDAH : UMNO Bahagian Kuala Kedah telah menyalurkan bantuan segera dan mengambil beberapa inisiatif bagi membantu dan meringankan beban lebih 150 keluarga mangsa ribut di Taman Bersatu di sini, petang semalam.

Ketua Bahagian UMNO Kuala Kedah, Dato' Latt Shariman Abdullah berkata, sehubungan itu pusat penempatan mangsa ribut di buka dengan segera bertempat di Dewan Sekolah Kebangsaan Taman Bersatu bagi menempatkan keluarga yang ditimpa bencana itu

"Umno Kuala Kedah dan pimpinan kerajaan pusat amnya begitu bersimpati dengan kejadian ribut yang kita anggap paling tragis pernah berlaku di kawasan Kuala Kedah ini dan saya telahpun minta jentera parti Barisan Nasional termasuk agensi kerajaan yang berkaitan turut membuka pusat penempatan sementara di sekolah itu," katanya.

Dalam kejadian ribut pada pukul 4.30 petang semalam itu, sebanyak 150 buah rumah musnah terutama di bahagian bumbung dan siling.

Latt Shariman yang juga Pegawai Tugas-Tugas Khas Perdana Menteri berkata, keperluan makanan dan minuman disediakan di pusat penempatan itu dengan dibantu petugas-petugas khas sepanjang masa.

Selain petugas dari kalangan UMNO dan anggota komponen Barisan Nasional, petugas dari Jabatan Pelajaran, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan ICU turut turun ke pusat penempatan itu bagi menyalurkan bantuan dan membuka kaunter pendaftaran masing.

Latt Shariman juga meminta supaya mangsa-mangsa ribut membuat laporan polis, bagi memudahkan proses bantuan yang akan disalurkan kepada mereka.