PENGUMUMAN

Dimaklumkan bahawa Blog Rasmi UMNO Bahagian Kuala Kedah telah bertukar alamat baru iaitu:
http://1umno-kualakedah.blogspot.com/
**Pertukaran alamat adalah disebabkan masalah teknikal**


Sunday, January 24, 2010

Ziarah Mangsa Kebakaran



Ziarah mangsa kebakaran di lorong 6, Kampung Ulu Kuala Kedah & kampung Kuala Kangkong

Saturday, January 23, 2010

Ziarah Ketua Cawangan UMNO

Saya dan keluarga doakan agar abang Radzi (Ketua UMNO Cwgn Tmn bersatu) cepat sembuh.

Ziarah Kematian


Ziarah kematian arwah Pak Yim (Ahli UMNO Cwgn Tmn Indah)

Tahniah & Syabas Wanita UMNO Bhgn Kuala Kedah



Saya mengambil kesempatan ini mengucapkan Tahniah & Syabas kepada Ketua Wanita UMNO Bahagian dan barisan AJK Wanita UMNO Bahagian Kuala Kedah serta Penyelaras UMNO Kawasan Padang Lalang di atas kejayaan penganjuran Majlis Mengacau Bubur Asyura peringkat UMNO bahagian Kuala Kedah. Majlis telah berlansung dengan jayanya di kampung Padang Lalang.

Friday, January 22, 2010

Meninjau Kegiatan Ekonomi - Pasar Malam


Turun ke Pasar Malam Pantai Johor meninjau kegiatan ekonomi masyarakat setempat dalam bidang ekonomi perniagaan kecil dalam DUN Anak Bukit.

Sepak Raga Tuju Menjalin Perpaduan


Tahniah kepada RT Tongkang Yard dia atas penganjuran Program Mesra Pemain Sepak Raga Tuju Kota Setar di Dewan UMNO Tongkang Yard.

Thursday, January 21, 2010

Ziarah


Ziarah Abang Non @ Nordin Othman (Ketua UMNO Cawangan Kampung Baru Hilir) yang sedang terlantar sakit di rumahnya. Saya dan keluarga doakan agar abang Non cepat sembuh seperti sedia kala.

Wednesday, January 20, 2010

Santai

Santai bersama Dato' Jamil (Timbalan Ketua), Datin Norhasita (Ketua Wanita) dan Tanty (Ketua Puteri) di Restoran Abang Mat Tadon di kampung Ulu, Kuala Kedah..

Taklimat Isu Semasa




Menghadiri Majlis Taklimat Isu Semasa di Pejabat UMNO Bahagian Kuala Kedah. Taklimat turut dihadiri oleh Hj. Mutalib (Naib Ketua), Haris (Setiausaha), Cikgu Zul (ketua Penerangan), Shafiq (Ketua Pemuda) dan Hj. Ahmad (AJK/mantan Setiausaha) dan beberapa AJK UMNO Bahagian yang lain. Tahniah & Syabas kepada Ketua Penerangan UMNO Bahagian & Barisan AJK Biro.

Tuesday, January 19, 2010

Bubur Asyura



Tahniah dan syabas kepada AJK UMNO Cawangan Kampung Ulu, Kuala Kedah di atas penganjuran majlis mengacau bubur asyura baru-baru ini di Surau Kampung Ulu.

Monday, January 18, 2010

Bersama Ketua Masyarakat

Bersama Abang Aris (Ketua UMNO Cawangan Kubang Jawi 1) dan Abang Din (Ketua UMNO Cawangan Tok Sulaiman) dalam satu sesi ziarah baru-baru ini.

Ziarah Abang Aris Mansor (ketua UMNO cawangan Kampung Masjid Lama) di rumahnya bersama Haris (Setiausaha UMNO Bahagian) dan Cikgu Zul (Ketua Penerangan)

Saturday, January 16, 2010

Perasmian Seminar Keibubapaan










Menghadiri majlis Perasmian Seminar Keibubapaan 2010 anjuran PIBG Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Gunung.

Friday, January 15, 2010

Ziarah



Bertanya khabar serta ziarah isteri Pak Man Selarong (Ketua UMNO cawangan Sri Selarong) yang sedang terlantar sakit di rumah. Saya dan keluarga doakan makcik cepat sembuh.

Thursday, January 14, 2010

Kacau Bubur Asyura


Menghadiri majlis mengacau bubur asyura di kampung Padang Lalang. Membantu kaum ibu sekitar kampung Padang Lalang mengacau bubur asyura. Tahniah kepada pihak penganjur.

Kunjung Hormat

Mengunjungi YAB Dato' Seri Dr. Md. Isa Bin Sabu, Menteri Besar Perlis di Pejabat Menteri Besar Perlis.

Bersama Ketua Masyarakat (Penyelaras Padang Lalang)


Bersama Setiausaha UMNO Bahagian bertemu mesra dengan pemimpin masyarakat dalam Penyelaras Kawasan Padang Lalang di sebuah restoran di kampung Padang Lalang.

Sunday, January 10, 2010

TAHNIAH & SYABAS

Tahniah dan syabas kepada Dr. Zaki dan AJK Biro Pembangunan Insan di atas penganjuran Program Kesihatan Masyarakat di Dewan Masjid Teluk Bulang pada 09/01/10.


Tahniah dan syabas juga kepada Cikgu Zul (Ketua Penerangan) dan AJK Biro Penerangan di atas kejayaan penganjuran Bengkel Gerak Cemerlang di Pusat Peranginan Titi Hayun, Yan.

Friday, January 8, 2010

Majlis Perkahwinan


Menghadiri majlis perkahwinan anak Encik Ahmad Bin Man di kampung Simpang 4 Kuar. Turut hadir bersama Saudara Shafiq (Ketua Pemuda UMNO Bahagian), Haji Zul Ahmad Tarmizi (Ketua Penerangan), Haji Halim (AJK Bahagian/Penyelaras DUN Anak Bukit), dan Dr. Zaki (AJK Bahagian).

Wednesday, January 6, 2010

Keratan Akhbar

(Sinar: 04/01/10 Sukan)


(Metro: 01/01/10)

Teknologi I-Pintar di Parlimen Kuala Kedah



Majlis Penyerahan Komputer I-Pintar oleh Majlis Kebajikan Kanak-kanak Malaysia (MKKM) kepada Pasukan Kelana Samudera Kuala Kedah mewakili komuniti seluruh Parlimen Kuala Kedah. Sebanyak 6 orang ahli kelana Samudera telah dilatih mengendalikan komputer I-Pintar demi manfaat komuniti ini.