PENGUMUMAN

Dimaklumkan bahawa Blog Rasmi UMNO Bahagian Kuala Kedah telah bertukar alamat baru iaitu:
http://1umno-kualakedah.blogspot.com/
**Pertukaran alamat adalah disebabkan masalah teknikal**


Friday, November 23, 2012

Gotong Royong Perdana di Taman Desarina DUN Kubang Rotan .

Saya meluangkan masa untuk bersama-sama penduduk-penduduk taman ini dalam program Gotong Royong Perdana. Ianya diadakan bagi mengatasi masalah banjir kilat yang sering melanda taman ini disebabkan masalah sistem peparitan taman tersebut.








Thursday, November 22, 2012

Tinjauan Kerja-Kerja Pembinaan Bangunan Tambahan SRJK Peh Hwa Jalan Kuala Kedah


Saya dan rakan-rakan pergi meninjau projek khas YAB Perdana Menteri untuk menambah baik SRJK (C) Pei Hwa yang sudah berusia 77 tahun. Sekolah ini adalah antara yang terbaik di negeri Kedah dengan keputusan cemerlang dalam UPSR setiap tahun, walaupun keadaannya sebelum ini agak daif dan kurang kelengkapan hingga ada pelajar yang terpaksa belajar di kaki lima sekolah. Insyallah pelajar-pelajar ini akan menikmati pembelajaran dalam suasana yang lebih selesa setahun dari sekarang. Bersama saya dalam sekolah pada tengahari ini adalah Pengerusi PIBG Pei Hwa, Dato Chong dan ahli-ahli jawatankuasanya.









Tuesday, November 13, 2012

Keratan Akhbar Berita Harian 12/11/2012



Saya selaku Penasihat Bulan Sabit Merah Malaysia Negeri Kedah bersama Ahli Jemaah Pemangku DYMM Sultan Kedah merangkap Pengerusi Bulan Sabit Merah Malaysia Negeri Kedah DYMM Sultan Kedah YTM Tengku Panglima Besar Dato' Seri Diraja Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz binti KDYMM Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah menerima kunci ambulans Bulan Sabit Merah daripada Naib Pengerusi Kebangsaan Bulan Sabit Merah, Datuk Dr. Bahari Abu Mansor.

Saturday, November 10, 2012

Pertandingan Bola Keranjang Terbuka Jemputan Bahagian Kuala Kedah, Piala Dato Latt Shariman

Pertandingan ini mula berlangsung selama dua bulan meliputi November dan Disember 2012 dan dirasmikan semalam 9 November 2012 di Dewan Sek Keb Jenis Cina Yih Ming, Simpang Empat. Perasmian dimeriahkan dengan kehadiran lebih 400 orang pemain dan peminat bola keranjang tanpa mengira bangsa. Sebanyak dua belas pasukan dari pelbagai peringkat umur menyertai pertandingan yang dianjurkan oleh Barisan Nasional Kuala Kedah dan Persatuan Bola Keranjang Kedah Utara. Turut serta memeriahkan majlis adalah barisan kepimpinan MCA tempatan. Pasukan-pasukan mewakili taman-taman dan kampong dalam kawasan Parlimen Kuala Kedah.











Program Sembang Mesra Belia "Himpunan Generasi Pemimpin Muda"

Program ini berlangsung di Restoran Bahtera Nelayan, Kg. Keluncur, Kuala Kedah, anjuran bersama Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kota Setar dan UMNO Bahagian Kuala Kedah.










Wednesday, November 7, 2012

Ziarah Pengerusi Tetap Pemuda UMNO Bahagian Kuala Kedah di Hospital Sultanah Bahiyah


Pengerusi Tetap Pemuda UMNO Bahagian Kuala Kedah Cikgu Idrus bin Mahmud yang dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah akibat komplikasi bersangkut dgn penyakit diabetes. Beliau mula sedar sedikit dan boleh mula bersembang tersekat-sekat. Katanya kepada matron yang sedang bertugas, " Ini Ketua saya datang menziarah "



Turut menziarahi pesakit-pesakit lain di wad Hospital Sultanah Bahiyah.


Beramah mesra dengan kakitangan hospital, bersama saya Dato Haji Muthalib Harun, Naib Ketua UMNO Kuala Kedah (yang saya panggil Abang Lid sahaja) dan juga Ahli Lembaga pelawat Hospital Sultanah Bahiyah .

Monday, November 5, 2012

Ragbi Piala Agung antara KEDAH VS PDRM


Siri Perlawanan Ragbi Piala Agung ini telah berlangsung di Stadium Suka Menanti, Alor Setar. Turut hadir menyaksikan perlawanan ini adalah Presiden Kedah Rugby Union, Haji Mahar Effendi dan mantan Exco Belia dan Sukan Kedah, Dato Othman bin Haji Aziz.