Dimaklumkan bahawa Blog Rasmi UMNO Bahagian Kuala Kedah telah bertukar alamat baru iaitu: http://1umno-kualakedah.blogspot.com/ **Pertukaran alamat adalah disebabkan masalah teknikal**
Menziarahi Encik Ahmad Bin Salleh, mangsa ribut di kampung Alor Gunong bersama Cikgu Halim (Penyelaras DUN Anak Bukit), Cikgu Sulaiman (Ketua Cawangan), & Shahril (SU Cawangan).
Menghadiri majlis mesra yang dianjurkan oleh UMNO Cawangan Sungai Nonang. Pelbagai permasalahan penduduk di ketengahkan semasa sesi mesra ini berlangsung. Tahniah dan syabas kepada kepimpinan UMNO cawangan yang telah berjaya menganjurkan majlis tersebut.
Ziarah kawan lama, saudara Jat di rumah mertuanya di Taman Kota Nelayan, Kuala Kedah. Saya dan semua warga UMNO Bahagian Kuala Kedah mendoakan agar saudara cepat sembuh.
Menyempurnakan Majlis Perasmian Pembukaan cawangan Syarikat Bahrulmazi Tour & Travel Sdn. Bhd. di Souq Bukhary baru-baru ini. Tahniah di atas pembukaan cawangan baru kepada pengurusan syarikat.
Melepaskan peserta Basikalthon anjuran PIBG SMK Kubang Rotan. Tahniah dan syabas di atas daya usaha pihak PIBG dalam usaha mengumpul dana menyiapkan bangunan surau sekolah.
Merasmikan Majlis Hari Potensi Kanak-kanak Tabika KEMAS Parlimen Kuala Kedah yang telah berlansung di ruang legar Pusat Membeli Belah Alor Setar Mall, Tandop.
Menyampaikan sumbangan kepada warga mas dan cacat di Majlis Penyampaian Sumbangan anjuran Persatuan Penganut Ajaran Tua Pek Kong Kilang Tebu baru-baru ini.
Tahniah Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Kuala Kedah di atas kejayaan penganjuran Program Juara Rakyat bertemakan Wanita dan Keluarga yang berlangsung di SMK Seri Gunung, DUN Anak Bukit.
Menziarahi vateran UMNO di rumah mereka. Turut serta sesi ziarah ialah beberapa ketua UMNO Cawangan sekitar yang terdiri daripada Abg Romlan (KC Tmn Pelangi), Abg Mat (KC Flat Kg. Hilir) dan Kak Nab Mat (KC Teluk Chengai Luar).