Dimaklumkan bahawa Blog Rasmi UMNO Bahagian Kuala Kedah telah bertukar alamat baru iaitu: http://1umno-kualakedah.blogspot.com/ **Pertukaran alamat adalah disebabkan masalah teknikal**
Menziarahi Abang Cha (Md Isa Awang), Pengerusi JKKKP Taman Berlian di rumahnya yang mengalami kemalangan jalan raya baru-baru ini. Saya dan keluarga doakan agar Abang Cha cepat sembuh dan tabah menghadapi ujian ini.
Menghadiri majlis rumah terbuka raya anjuran RELA daerah Kota Setar di dewan kampung Kelunchor, Kuala Kedah. Turut hadir bersama ke majlis tersebut ialah adik saya Latt Sharizan (Ketua Pemuda UMNO Bahagian Petaling Jaya Utara)
Melawat rumah abang Lee Tok Pulau yang telah dilanda ribut baru-baru ini. Antara yang turut hadir sama dalam sesi lawatan tersebut ialah YB Dr. Cheah, Pengerusi GERAKAN Negeri Kedah, Penyelaras Parlimen Kuala Kedah dan Penyeleras-Penyelaras DUN, Setiausaha & Ketua Penerangan UMNO Bahagian Kuala Kedah.
Menyampaikan sumbangan wang Ehsan kepada 341 ketua keluarga mangsa-mangsa banjir Fasa Pertama penempatan banjir SK Titi Gajah dan SK Gunung di Dewan Terbuka SK Taman Aman, Anak Bukit.
Menghadiri Majlis Tazkirah & Berbuka Puasa anjuran kariah masjid Teluk Bulang... Terima kasih atas jemputan dan tahniah kepada pihak penganjur atas kejayaan penganjuran.
Menghadiri Majlis Perkahwinan sepupu saya iaitu adik Kat bersama pasangannya Dino di Dewan Kelab Diraja Kedah... Tahniah & semoga kekal serta bahagia hingga akhirat... Amin...
Menziarah Pak Ku Baharum di rumahnya di mana beliau baru selesai menjalani pembedahan matanya. Saya dan keluarga doakan agar kesihatan mata Pak Ku Baharum cepat sembuh.
Terima kasih & tahniah kepada pihak yang telah menganjurkan majlis penyampaian sumbangan zakat & sumbangan Aidil Fitri di Rumah Pangsa Tongkang Yard II.
Alhamdulillah, seramai 2055 orang penerima yang layak mengikut asnaf penerima zakat telah menerima zakat pada tahun ini di KEMAS Parlimen Kuala Kedah. Bersama-sama kita berkongsi rezeki ini bersama mereka yang layak menerimanya.
Banting "Selamat Hari Raya Aidil Fitri 1431H" & "Selamat Pulang Anak Perantau" telah mula dipasang di seluruh kawasan "hotspot" dalam Parlimen Kuala Kedah bermula hari ini.