Dimaklumkan bahawa Blog Rasmi UMNO Bahagian Kuala Kedah telah bertukar alamat baru iaitu: http://1umno-kualakedah.blogspot.com/ **Pertukaran alamat adalah disebabkan masalah teknikal**
Bertanya khabar pada Pak Azizan (Pengerusi JKKKP Pekan Anak Bukit) dan Cikgu Rahman (Pengerusi JKKKP Batas Paip Anak Bukit) berkaitan perkembangan kampung semasa singgah di kampung berkenaan.
Ziarah Haji Abu Bakar Bin Yaacob (Ketua UMNO Cawangan Air Masin) yang terlantar sakit di rumahnya di kampung Air Masin. Saya dan warga UMNO Bahagian Kuala Kedah mendoakan agar Haji Abu Bakar cepat sembuh.
Saya bagi pihak UMNO Bahagian Kuala Kedah serta Barisan Nasional Bahagian Kuala Kedah ucapan takziah kepada ahli keluarga mendiang R Wadamalai (Ketua MIC Bahagian Kuala Kedah) yang telah meninggal dunia pada 09/01/2011.
Mendengar sesuatu yang diperkatakan oleh YAB Dato' Seri Azizan (MB Kedah) kepada beberapa kepimpinan UMNO Negeri Kedah sewaktu menunggu ketibaan YAB Perdana Menteri di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim.