PENGUMUMAN

Dimaklumkan bahawa Blog Rasmi UMNO Bahagian Kuala Kedah telah bertukar alamat baru iaitu:
http://1umno-kualakedah.blogspot.com/
**Pertukaran alamat adalah disebabkan masalah teknikal**


Friday, February 22, 2013

Pelancaran KOLAborasi' 13 di SK Seri Pantai Kuala Kedah


Pelancaran KOLAborasi'13 ini telah disempurnakan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan telah diadakan di perkarangan SK Seri Pantai. Majlis pelancaran penuh gemilang ini turut dihadiri isteri kepada YAB Timbalan Perdana Menteri, YABhg Puan Sri Datin Noorainee Rahman dan barisan kepimpinan UMNO negeri Kedah iaitu Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah dan Dato' Paduka Mukhriz Mahathir. Pelbagai aturcara telah disusun sepanjang hari bagi menjayakan program Pelancaran KOLAborasi' 13 ini. Antaranya adalah sukaneka rakyat, autoshow, persembahan 'juggling skills' dari Kelab Bolasepak Kenari Muda, Persembahan Maharaja Lawak Jambu, Persembahan Leez AF dan pelbagai lagi. Agensi-agensi kerajaan turut serta dalam program ini dengan adanya 'booth' bagi mereka menerangkan peranan mereka kepada masyarakat setempat termasuklah 'booth' LKIM yang memberikan skim sara hidup nelayan pada hari tersebut. Kira-kira 8, 000 orang hadir di program penuh bermakna bagi masyarakat di Kuala Kedah.